Buku Melatih Kanak-Kanak Menulis (BMKM)

-10% Buku Melatih Kanak-Kanak Menulis (BMKM)

Menulis adalah satu skil yang boleh dilatih dengan latihan yang terancang.Buku ini terhasil daripada pemerhatian dan pengalaman Puan Dr Surayah Zaidon ke atas masalah tulisan kanak-kanak termasuk anak beliau sendiri. 


Setelah diamati, ia bukanlah satu isu terpencil. Ramai ibubapa dan pendidik yang lain mengalami isu yang sama. Tinjauan ke atas buku latihan tulisan di pasaran menemukan buku yang dipenuhi latih tubi formasi huruf atau abjad. Sedangkan kanak-kanak perlu diberikan pendedahan lebih awal dengan latihan-latihan di peringkat awal tulis iaitu kesediaan motor dan kemahiran motor-visual. Kemudian barulah diperkenalkan dengan peringkat menulis strok dan formasi huruf.


Dr Surayah Zaidon dibantu oleh Puan Siti Rasyiqah Munirah memulakan kajian mengenai tulisan kanak-kanak, maka terhasil Buku Melatih Kanak-Kanak Menulis. Buku ini mengandungi 140 mukasurat. 63 mukasurat awal membincangkan tentang kepentingan tulisan, kebolehan menulis di kalangan kanak-kanak bermula di usia awal, bagaimana menyediakan kesediaan motor dan meningkatkan kemahiran motor visual.


Selain itu, buku ini membincangkan isu tulisan kanak-kanak serta penyelesaiannya seperti tulisan terbalik, saiz tidak konsisten, jarak antara huruf dan perkataan, huruf besar dan kecil bercampur.75 mukasurat berikutnya adalah aktiviti khusus untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur bermula 4 tahun. Aktiviti mewarna, menggunakan finger paint, melukis atau melakar, menggunting, menampal dan mengoyak, melipat, menguntai dan lain-lain.Helaian aktiviti ini tuan-puan boleh gunakan untuk latih tubi melatih kesediaan kanak-kanak untuk menulis.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Captcha
  • Views: 421
  • Brand: Education
  • Product Code: Buku Melatih Kanak-Kanak Menulis (BMKM)
  • Availability: 194
0 Product(s) Sold
  • RM45.00
  • RM40.50