3 Aktiviti Merangsang Fizikal & Mental Anak

Posted by Admin 13/10/2021 0 Comment(s)

5 idea untuk melakukan aktiviti yang merangsang fizikal serta mental anak-anak. 

 

1. Cintai Alam Sekitar

Aktiviti yang ringkas iaitu dengan membawa anak-anak keluar berjalan dan bersiar-siar di sekitar taman perumahan atau kawasan sekeliling tempat tinggal untuk mereka menerokai alam sekitar yang terdapat di sekeliling mereka seperti pokok-pokok, burung-burung yang berterbangan dan juga menyentuh bunga-bunga atau daun-daun yang gugur di atas tanah. Dengan cara ini mereka akan memperolehi pengalaman baru di samping mempelajari perkara yang berlaku secara semulajadi di sekeliling mereka.

 

2. Jom Berenang!

Bermain air adalah salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran anak-anak. Dengan adanya aplikasi serta platform jualan secara atas talian, ibu bapa boleh membeli kolam renang yang boleh dibuat sendiri di rumah. Ajarkan anak-anak berenang sedari usia awal kerana ini akan membantu menambahkan stamina, mencergaskan badan serta yang paling penting, dapat membina keyakinan dalam diri anak-anak.

 

3. Bermain Belon

Adakah ibu bapa tahu bahawa dengan bermain belon, dapat meningkatkan kemahiran motor kasar serta koordinasi mata-tangan anak-anak. Selain itu, aktiviti ini memberi keriangan dan keterujaan mereka selain belon merupakan barang yang murah dan mudah didapati di kedai-kedai.

 

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan leh anak-anak bersama ibu bapa untuk memastikan keseimbangan fizikal dan mental mereka berada dalam keadaan yang baik. Ibu bapa harus rajin dan bersabar dalam melakukan aktiviti bersama anak-anak. Berkat kesungguhan dan keikhlasan dalam menjaga amanah yang dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa, anak-anak kita akan membesar dengan fizikal yang sihat dan minda yang cerdas.

 

Sumber: Majalah Pa&Ma Edisi November 2015

Leave a Comment