3 Cara Galakkan Anak Tidur Awal

Posted by Wan Rohani 20/07/2017 0 Comment(s)

Tahukah anda, anak membesar ketika sedang tidur? Keperluan tidur anak kecil tidak sama dengan orang dewasa.

Anak kecil berusia 6-11 tahun perlu mendapat tidur malam purata 9-11 jam. Contohnya dari jam 8/9 malam sehingga 6/7 pagi. Secara ringkas, semakin meningkat usia seorang anak, lebih berkurang waktu tidur yang diperlukan oleh badannya.

Untuk menggalakkan anak tidur malam yang sempurna, gunakan beberapa teknik. Di antaranya, anak yang sudah masuk sekolah tidak perlu tidur di siang hari. Ini supaya jam 8 malam atau 9 paling lewat (selepas solat Isya’), mereka mesti tidur.

Tidur seawal ini juga memudahkan anak-anak bangun solat Subuh seterusnya ke sekolah.

Berikut turut disenaraikan cara-cara yang boleh menggalakkan anak tidur lebih awal dan nyenyak.

1. Suasana bilik tidur yang menenangkan; dinding kosong, perabot minima, tiada mainan atau objek yang boleh merangsang simulasi, langsir yang kosong dan lampu yang malap atau tiada lampu.

2. Mengamalkan rutin yang sama setiap hari; membaca buku, urutan, menarik nafas atau doa.

3. Jika kebiasaannya tidur lewat, boleh injakkan masa 15 minit lebih awal setiap hari. Tidur nyenyak mencukupi adalah amat penting pada anak usia di bawah 16 tahun, justeru tidak boleh diambil mudah.

Walau bagaimanapun, setiap anak adalah berbeza dan setiap langkah yang dibuat berbeza penerimaannya dan kesan di antara setiap anak dan yang lain.

Penulis : Puan Wan Erni
 

Mahukah jika kami kongsikan bagaimana setelah sebulan bersekolah di Tadika A.B.S, walaupun tadika sedikit jauh dari rumah, ibu puas hati apabila anak daripada pendiam boleh tidak henti bercerita dengan ibu ayah? Hubungi talian hotline kami 011 1323 2239.

Leave a Comment