-
Your shopping cart is empty!
Sebagai ibu bapa, kita tidak dapat lari dari berpisah dengan anak. Ada ketika mereka ke sekolah, rumah pengasuh, mahupun bersama sanak-saudara.
Ketika itu, kita tertanya-tanya bagaimana keadaan dirinya. Gembirakah, atau tertekankah.
Ada banyak cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa.
1. Anak kategori verbal suka bercerita secara lisan.
Semua pengalaman setiap hari di tadika diceritakan kepada ibu bapa tanpa tertinggal.
Syukur, setiap peristiwa baik atau buruk kita dapat mengetahui secara langsung.
2. Ada anak suka menulis.
Mereka menulis diari untuk meluahkan rasa dan memberi laporan. Namun, ia berbentuk peribadi.
Andainya ibu bapa teruja mahu mengetahui, harus meminta izin dengan baik kerana ia melibatkan kepercayaan anak-anak.
3. Tidak kurang juga yang suka meluahkan rasa melalui lukisan.
Setiap satu peristiwa yang dilalui dilakarkan di atas kertas sebebasnya. Dan sebahagiannya, lebih yakin berkongsi cerita melalui visual lukisan tadi.
Raikan dan beri perhatian setiap maklumat secara terperinci.
4. Malah, ada yang meluahkan secara tidak langsung melalui bahasa badan.
Setiap perkara berlaku di sekolah dizahirkan dalam bentuk tindakbalas.
Contohnyanya; keengganan ke tadi mungkin membawa maksud anak tidak gembira dan ada sesuatu yang mengganggunya. Ia memerlukan kebijaksanaan ibu bapa untuk memeriksa dan menyiasat selanjutnya.
Apa yang paling penting, ibu bapa yang prihatin dan peka dengan perubahan yang berlaku kepada anak.
Mereka perlukan kita, untuk mendengar suara hati mereka.
Sementara masih diberikan peluang oleh Tuhan.
Sumber: www.tadikaabs.com
Leave a Comment