Jadi Ibu Bapa Berpengaruh

Posted by Wan Rohani 24/10/2017 0 Comment(s)

Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

Ibu bapa sering menafikan perasaan dan pendapat anak-anak. Sebenarnya, hal ini akan cenderung mengelirukan dan membuatkan anak cepat marah dan berang dengan kita.

Contoh penafian yang sering dilakukan oleh para ibu bapa kepada anak-anak mereka, adalah seperti ini:

“Mak lebih makan garam daripada kamu”

“Kamu  hanya cakap begitu sebab kamu tidak faham lagi erti kehidupan”

“Pergi buat kerja sekolah, kalau tidak belajar bersungguh, nanti besar hidup merempat”

 

Sedar atau tidak, sebenarnya kenyataan-kenyataan sebegini menanam satu perasaan yang dalam dan dipendam oleh anak-anak. Untuk jangka masa yang panjang ia boleh menjadi sesuatu yang bakal mengejutkan kita. 

Bagaimana menjadi ibubapa yang berpengaruh di mata anak-anak?

Adakah ibu bapa hanya dapat menguasai anak dengan memarahi mereka?

Cara yang paling ampuh untuk mendapat kepercayaan dan pengaruh anak adalah melalui komunikasi berkesan. Bagaimana cara bercakap, cara memuji dan mendorong anak.

Buku 'How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk' mengupas bagaimana cara menerima perasaan dan menghargai anak-anak sesuai dengan situasi mereka.

 

Leave a Comment