Membina Kepercayaan Anak-Anak

Posted by System 03/11/2017 0 Comment(s)

Apabila bercakap tentang kanak-kanak, kita bukan sahaja bercakap tentang kesihatan dan pendidikan tetapi, antara yang paling utama adalah keselamatan.

Aspek ini amat perlu dititikberatkan sebaik anak melangkah masuk ke sekolah/tadika/nursery. Ia berkait rapat dengan membina kepercayaan.

Pandai membaca atau bijak mengira akan datang kemudian. Yang penting, anak merasa selamat berada di situ dan bersedia memberi kepercayaan kepada guru. Ini seterusnya mendorong anak mudah menerima pelajaran dan didikan akhlak.

‘Saya rasa selamat berada di persekitaran baru ini.’

‘Saya yakin orang dewasa di sekeliling saya ini boleh dipercayai.’

‘Saya bebas belajar dan melakukan aktiviti yang saya sukai dengan gembira di dalam pemantauan mereka.’

Malah, jika kita masih ingat rasa percaya inilah yang mengikat bayi di saat pertama dilahirkan di dunia.

Percaya dan selamat di dalam pelukan ibu. Rasa percaya kepada ayah dan keluarga terdekat. Disuburkan dengan kasih sayang yang mengalir bersamanya.

Subhanallah.

Wan Erni

Coventry UK

Artikel di www.tadikaabs.com
 

Tags: blog atikel

Leave a Comment