Tips Bantu Anak Seronok Mengaji

Posted by Wan Rohani 28/01/2019 0 Comment(s)

TIPS MEMBANTU ANAK ANAK UNTUK SERONOK  BELAJAR MENGAJI :

Riba anak kita atau dudukkan anak kita atas riba kita sambil baca FLIP CARD IQRA

✅ Bila kita peluk anak atau riba anak kita sambil bacakan anak kita FLIP CARD IQRA, anak kita akan rasa seronok sebab dia dipeluk atau diriba sambil dia mendengar suara ibunya.

Pelukan atau berada atas ribaan ibu ayah membuatkan anak kita rasa selamat dan dilindungi.

Pilih 5-10 kad sahaja untuk pembelajaran anak pada satu sesi yang singkat

✅ Dalam satu sessi pembelajaran bersama anak anak, pilih 5-10 keping kad sahaja dalam Flip Card IQRA untuk dibacakan kepada anak anak supaya anak anak kita teruja dan tidak cepat bosan...sesi mestilah singkat iaitu sekitar 2 minit ke 5 minit sahaja dan pastikan berhenti sebelum anak kita bosan

Mainkan video panduan Flip CARD IQRA selepas sesi belajar bersama FLIP CARD

✅ Team FLIP CARD IQRA ada membekalkan VIDEO pembelajaran bersama Qari cilik Abdullah Bin Amri..jadi ibu ayah boleh mainkan video sebagai daya tarikan untuk anak anak belajar..sebut bersama sama anak mengikut video pembelajaran..Insyaallah berkesan dan anak mudah ingat apa yang dia belajar

Berikan GANJARAN selepas anak selesai sessi pembelajaran bersama FLIP CARD IQRA

✅ Ibu ayah boleh berikan tanda 5 bintang di bahagian CARTA GANJARAN yang disediakan dalam Flip card iqra..boleh juga belikan sticker yang ada gambar bintang supaya anak anak lebih teruja bila nampak ada ganjaran dengan bintang bintang yang cantik pada FLIP CARD IQRA

Leave a Comment