-
Your shopping cart is empty!
Tubuh anak-anak harus dibekalkan dengan air yang mencukupi. Oleh itu, ibu bapa berperanan untuk mengajar dan menerangkan kelebihan air kosong dalam kehidupan harian. Keperluan air untuk dewasa dan kanak-kanak berbeza. Kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun pula memerlukan 4 gelas atau 1 liter cecair sehari dan sukatan ini akan meningkat apabila kanak-kanak memasuki usia antara 4 hingga 8 tahun, iaitu sebanyak 5 gelas atau 1.2 liter air untuk tubuh.
Oleh itu, berikut merupakan 4 tip ringkas untuk galakkan anak minum air:
1. Galak anak minum air sebelum dan selepas bermain atau bersenam.
2. Minta anak untuk minum air ketika cuaca panas untuk elak dehidrasi.
3. Kerap minum air ketika berada dalam kawasan berhawa dingin supaya kulit tidak mudah kering.
4. Minta anak minum air banyak air sebelum tidur dan sebaik sahaja bangun pagi.
5. Sediakan botol air khas yang menarik dan mudah dibawa ketika berjalan atau aktiviti luar.*
*extratip
Sumber: Majalah Pa&Ma Edisi April 2016
Leave a Comment