-
Your shopping cart is empty!
Keusahawanan mempunyai pelbagai definisi.
Secara mudahnya, keusahawanan berkait rapat dengan mindset & tingkah laku. Usahawan ialah orang yang memberi solusi kepada permasalahan manusia & alam. Usahawan ialah orang yang berusaha memberi manfaat kepada manusia & alam.
“Kita tak boleh melatih keusahawanan sebanyak satu atau dua semester di universiti. Ianya mesti bermula dari bawah, dari sekolah.”
Ini kata-kata Dr Yusof Saari, Pakar Ekonomi di dalam satu temubual di Astro Awani pada 2 November 2018.
Keusahawanan haruslah dipupuk melalui satu ekosistem yang efektif.
Saya beri contoh bagaimana sebuah sekolah di Sungai Merab, Selangor melatih murid-muridnya dengan ilmu, mindset & tingkah laku keusahawanan.
Oleh kerana pembelajaran mereka tidak hanya tertakluk di kawasan sekolah, jadi mereka sering keluar. Pada awal Januari 2020, mereka merancang untuk belajar mengenali masyarakat Cina yang tinggal di Pulau Ketam, Selangor.
Mereka mahu belajar tentang budaya, agama dan sosioekonomi masyarakat di sini.
Perbelanjaan agak tinggi untuk ke sana. Kos pengangkutan, makan & minum serta keperluan lain.
Sebagaimana biasa, mereka perlu mencari duit sendiri bagi membiayai perbelanjaan ini.
Jadi, mereka duduk berbincang jalan-jalan untuk mendapatkan duit bagi membolehkan mereka ke Pulau Ketam tanpa meminta duit daripada ibu ayah mereka.
Selepas sesi brainstorming, oleh kerana terdapat seorang anak yang sangat pandai buat biskut. Jadi mereka memutuskan untuk menjual biskut.
Guru bertindak sebagai pemudahcara. Berdasarkan keputusan mereka, guru melatih bagaimana mereka perlu merancang sehingga mencapai sasaran pendapatan yang diperlukan.
Nah, di sinilah mereka dilatih dengan ilmu-ilmu pengurusan projek.
Bermula dengan:
Ketika menyempurnakan projek biskut, daripada tindakbalas positif pembeli biskut-biskut, mereka mendapat idea untuk menjenamakan pula biskut mereka.
Lantas, lahirlah pula projek kedua iaitu penjenamaan biskut yang IPnya dipegang oleh Cik Puan Muda Muna, murid yang pandai buat biskut & kek.
Jenama yang lahir ialah The Cookisses yang mana ciri keunikan biskut ini terdapat pada layanan pelanggan yang diberikan oleh tim marketing & sales The Cookisses.
Konsep & logo The Cookisses dibuat oleh murid 16 tahun, iaitu Tuan Muda Hafiy.
Penjualan The Cookisses dibuat oleh pasukan jualan yang diketuai Tuan Muda Affan yang berusia 13 tahun..
Manakala keseluruhan projek diketuai oleh Tuan Muda Azim (13 tahun) & dibantu oleh Cik Puan Muda Adawiyyah yang berusia 14 tahun.
Bagi tim operasi pula diketuai oleh Tuan Muda Mujahid. Tim operasi yang paling besar; bermula dengan pembelian barang – pembuatan biskut – pembungkusan – mengemas & membersihkan. Selepas siap bungkus – diserahkan kepada pasukan jualan untuk penghantaran kepada pelanggan.
Apa peranan Cik Puan Muda Muna?
Beliau adalah penasihat kepada tim operasi. Sebagai pemegang IP The Cookisses, beliau perlu memastikan kualiti biskut ini pada tahap terbaik.
Begitulah bagaimana sekolah ini melatih & menggerakkan konsep ‘grup genius’ kepada murid-muridnya. Selain daripada belajar ilmu-ilmu yang penting untuk kehidupan, mereka belajar ilmu untuk survival masa hadapan mereka dalam bidang bisnes & keusahawanan.
Daripada ‘kerja-kerja’ ini, kita boleh lihat ada anak yang bagus dalam:
1. Angka-angka – boleh buat mastery dalam bidang akaun / kewangan?
2. Pengurusan & sistem- project management?
3. Art & Design – desainer?
4. Leadership
5. Marketing & sales
Setiap orang ada fungsi & peranan masing-masing.
Sumber: http://suhailiikhsan.com
Leave a Comment