9 Langkah Buat Anak Teruja Menyambut Bulan Ramadan Tanpa Janji Palsu

Posted by System 20/04/2020 0 Comment(s)

Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Uniknya Ramadan kali ini di saat wabak COVID 19 melanda negara dan dikenakan pula Perintah Kawalan Pergerakan. Kita percaya di sebalik kesengsaraan negara kita menghadapi serangan wabak COVID, pasti ada hikmahnya.
 

Dua hikmah terbesar apabila kita berpuasa dalam keadaan terkurung di rumah adalah pembaziran bakal dikurangkan dan kita akan lebih fokus melakukan ibadah-ibadah bersama keluarga di sepanjang bulan Ramadan kali ini.
 

Kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai di masjid dan bertarawih mungkin anak-anak kita tidak rasai tahun ini.


Dengan keunikan bulan puasa kali ini juga, kita juga sudah boleh hentikan penggunaan skrip-skrip yang memberi 'janji palsu' kepada anak-anak. Janji-janji seperti; puasa penuh dapat beraya, puasa penuh hari ini dapat naik motor pergi bazar Ramadan, puasa penuh dapat duit raya ini boleh beri dorongan ektrinsik, namun ia bersifat sementara dan tidak kekal.


Jadi, sempena Ramadan Edisi PKP, kita boleh fokus kepada membina keseronokan sebenar berpuasa. Kita mulakan dengan sambutan Ramadan yang penuh kesyukuran & kegembiraan. Melebihi keriangan menyambut Aidil Fitri.


Bagaiman anak-anak kita? Apakah mereka seronok menyambut Ramadan tanpa janji duit raya, baju raya & kasut raya?


Seronok atau tidak, ianya bermula daripada kita. Bagaimana kita sebagai ibu ayah ataupun pendidik bereaksi dengan kehadiran bulan Ramadan? Apakah reaksi seronok itu berjangkit kepada seluruh isi keluarga kita? Ataupun biasa-biasa sahaja, seperti menjalani hari-hari biasa?

.

Berikut adalah 9 langkah untuk menerbitkan keterujaan menyambut bulan rahmat kepada seisi keluarga:

1. Mulakan dahulu dengan perjumpaan keluarga khusus membincangkan tentang bulan Ramadan.

2. Bersihkan rumah, buat susun atur baru. Libatkan setiap ahli keluarga.

3. Pilih satu sudut dan dekorasi sudut tersebut dengan tema Ramadan

4. Buatkan tugasan khusus untuk Bulan Ramadan

5. Buatkan jadual khusus Bulan Ramadan

6. Perhatikan bentuk bulan-bulan setiap malam bermula malam ini, dan minta anak catat di dalam Jurnal Fasa Bulan

7. Baca buku-buku bertemakan Ramadan, kumpul & letakkan di sudut Ramadan yang sudah dibuat tadi.

8. Setiap ahli keluarga tulis matlamat Ramadan masing-masing dan tampal di sudut Ramadan.

9. Buat 2 tabung: 1. untuk isikan setiap perkara baik yang dibuat oleh anak. 2. Isi nikmat yang mereka kecapi setiap hari. Kita akan buka tabung-tabung ini pada malam Raya nanti.


Sepanjang bulan Ramadan, isikan pula dengan pelabagai aktiviti & projek. Idea aktiviti & projek yang sesuai untuk anak-anak 6-9 tahun boleh didapati melalui Jurnal Ramadan Edisi PKP ==> bit.ly/jurnalramadan20


Matlamat aktiviti supaya menambahkan kecintaan anak kepada agama mereka dan keyakinan mereka terhadap Islam, antaranya tadabbur surah-suraj pilihan dan kaitkan dengan bulan Ramadan, baca tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadan, tonton video / movie/ dokumentari berkaitan.


Selamat Menyambut Ramadan al Mubarak yang penuh keunikan tahun ini!

#kitabolehubah
#staysafe
#staysane

Leave a Comment