Posted by System 08/04/2020 0 Comment(s)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk hari ke 28 hari ini. Sehingga hari ini kita mendengar pelbagai luahan perasaan di media sosial baik di kalangan ibubapa mahupun guru-guru. Luahan negatif, dengan kata-kata 
Ibubapa mahu anak-anak lekas pandai & jawab mesti 100% betul.

Itu yang kadang kala ada di antara ibubapa mudah berubah jadi hijau. Jika tuan / puan tergolong dalam kumpulan ini, janganlah nak mengajar-ajar.

Let the teachers do the job.

.

Jadi, apakah tugas ibubapa sepanjang PKP?

1. Latihlah mereka adab & akhlak
2. Perkukuhkan iman mereka
3. Naikkan self esteem mereka
4. Dorong anak membaca buku-buku yang besarkan jiwa mereka, kemudian minta mereka kongsikan hasil bacaan mereka bersama anggota keluarga yang lain
5. Sembang-sembang dengan mereka - Fahami perasaan mereka yang selama ini kita tak sempat nak duduk lama-lama dengan mereka
6. Bermainlah dengan mereka - boardgame, mahu anak pandai kira-kira - mainlah batu seremban atau congkak
7. Biasakan anak buat kerja rumah

Ada kesan baik pada pembelajaran mereka apabila anak-anak kita semakin cekap buat kerja rumah.

Leave a Comment